Berikut merupakan panduan yang memerincikan masalah yang biasa dihadapi oleh pengguna dalam industri ini serta taktik penipuan yang digunakan oleh penjual yang tidak jujur:

Pemalsuan spesifikasi solar

Untuk mengaut keuntungan yang lebih tinggi, banyak kedai akan memalsukan angka IRR dan angka penolakan tenaga solar keseluruhan (TSER) untuk menaikkan nilai filem penggelap tingkap kereta.


Pemalsuan spesifikasi solar


Misalnya, terdapat produk yang diiklankan sebagai mempunyai IRR sebanyak 90% namun hakikatnya ialah skor IRR produk tersebut hanya 20% sahaja. Perbuatan ini seterusnya akan menarik minat pengguna untuk membeli produk tersebut, walaupun produk tersebut ialah produk palsu yang dijual pada harga yang tinggi.


Penjualan filem bergred rendah

Perbezaan produk yang berkualiti rendah dengan produk yang berkualiti tinggi agak sukar untuk dikenal pasti memandangkan semua filem penggelap tingkap kereta kelihatan sama sahaja. Pada mulanya, filem penggelap tingkap kereta gred rendah mungkin akan berfungsi dengan baik. Walau bagaimanapun, kadar penolakan haba filem ini akan merosot dan gelembung serta garisan bergelombang akan muncul dalam masa yang singkat (lebih kurang 1 tahun) selepas pemasangan filem tersebut.

  • Heat Rejection Deteriorate
  • Color Fading
  • Wavy Lines
  • Bubbles

Penukaran produk asli dengan yang palsu

Sesetengah kedai akan menunjuk dan menguji keberkesanan produk yang asli dan berkualiti baik di hadapan pengguna. Namun, semasa pemasangan sebenar, mereka akan memasang filem penggelap tingkap kereta yang palsu.


Penjualan filem berjenama tiruan

Sesetengah kedai pula merupakan francais atau pengedar sah bagi jenama terkemuka. Namun, mereka juga menjual jenama tiruan (house brand) atau produk palsu kepada pengguna di bawah samaran jenama terkemuka tersebut.


Pemilihan filem penggelap tingkap kereta yang baik kelihatan seperti sesuatu yang cukup sukar. Namun, ia boleh dilakukan dengan mudah. Berikut ialah 5 petua mudah untuk diingati sebelum memasang filem penggelap tingkap kereta yang baru untuk kereta anda:

Pilih jenama yang bereputasi

Jenama yang bereputasi biasanya akan mendapatkan bantuan pengilang yang dipercayai (biasanya yang berpusat di Amerika Syarikat) yang diakreditasi dengan laporan pemeriksaan dan sijil-sijil berkenaan. Biasanya, pengesahan kredibiliti jenama amat mudah kerana maklumat pengilang dan hubungan mereka dengan jenama dan pihak pengimport akan disenaraikan pada lawan web kedua-dua pihak. Sebaliknya, jenama yang tidak memaparkan maklumat pengilang mereka pula berkemungkinan besar menjual filem penggelap tingkap kereta yang bergred rendah.


Pilih jenama yang bereputasi

Jenama yang bereputasi biasanya akan mendapatkan bantuan pengilang yang dipercayai (biasanya yang berpusat di Amerika Syarikat) yang diakreditasi dengan laporan pemeriksaan dan sijil-sijil berkenaan. Biasanya, pengesahan kredibiliti jenama amat mudah kerana maklumat pengilang dan hubungan mereka dengan jenama dan pihak pengimport akan disenaraikan pada lawan web kedua-dua pihak. Sebaliknya, jenama yang tidak memaparkan maklumat pengilang mereka pula berkemungkinan besar menjual filem penggelap tingkap kereta yang bergred rendah.


Cari laporan pemeriksaan produk

Filem penggelap tingkap kereta yang bereputasi tinggi akan diuji sebelum dilancarkan ke pasaran. Terdapat 2 jenis laporan yang perlu anda cari untuk menentukan keberkesanan dan kualiti produk, iaitu Ujian Solar dan Ujian Luluhawa. Ujian Solar akan menguji spesifikasi solar produk tersebut seperti VLT, IRR, UVR dan TSER manakala Ujian Luluhawa pula menguji daya ketahanan lasak produk tersebut.


Periksa logo produk

Biasanya, filem penggelap tingkap kereta yang berjenama akan mempunyai logo yang dicetak pada kedua-dua belah filem dan pada kotak yang datang dengan produk tersebut. Sebaliknya, filem penggelap tingkap kereta yang palsu pula biasanya tidak mempunyai logo jenama yang dicetak pada produk tersebut mahupun pada kotaknya.

Uji produk selepas pemasangan

Sebaik sahaja pemasangan filem penggelap tingkap kereta anda lengkap, anda boleh menguji spesifikasi yang dijanjikan oleh penjual ataupun yang diiklankan pada kotak produk tersebut dengan menggunakan meter solar atau meter unit haba British (BTU). Langkah ini dapat memastikan bahawa filem yang anda beli merupakan filem yang dipasang pada kereta anda.

Secara ringkasnya, jadilah pengguna yang bijak. Pilih jenama filem penggelap tingkap kereta yang dipercayai ramai dan buatlah kajian mengenai produk yang dipilih. Pastikan anda menguji atau mengesahkan semua spesifikasi yang disertakan dalam risalah untuk produk tersebut ataupun yang didakwa oleh jurujual. Dengan petua-petua ini, memang tidak mustahil bagi anda untuk memilih filem penggelap tingkap kereta yang memenuhi semua keperluan dan bajet anda.
Akhir sekali, mari kita memahami program perlindungan pengguna Raytech Films, yang merangkumi langkah anti-penipuan yang direka untuk memastikan pengguna yang membeli produk Raytech mendapat produk asli dan berkualiti tinggi.

Raytech Warranty

Di bawah program ini, Raytech hanya mengedarkan 1 kad jaminan dengan 2 pelekat hologram yang tidak boleh diduplikasi untuk setiap set filem penggelap tingkap kereta yang ditempah oleh pengedar sah Raytech.

Apabila anda membeli filem penggelap tingkap kereta Raytech, pastikan anda menerima kad jaminan yang dilekatkan dengan 2 keping pelekat hologram. 1 pelekat akan mengandungi kod produk untuk filem cermin depan kereta manakala pelekat yang lagi satu pula mengandungi kod produk untuk filem tingkap kereta yang lain, termasuklah cermin belakang.