8 PERKARA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG RAYTECH

Jenama Yang Dipercayai

Dari hari pertama ia ditubuhkan, Raytech International Window Films adalah jenama yang anda boleh percayai. Kami merupakan salah satu perintis industri filem cermin di Malaysia apabile filem cermin diperkenalkan 10 tahun lalu. Tambahan, para pekerja kami yang penuh pengalaman dijamin akan dapat memenuhi permintaan para pelanggan produk kami. Dengan portfolio yang merangkumi kerja memasang filem cermin kereta ke projek kediaman dan komersial, syarikat kami telah wujud sebagai salah satu jenama filem cermin yang paling dipercayai pelanggan di pasaran.

Buatan USA

Produk kami adalah buatan USA dan dibuat di salah satu kilang peringkat antarabangsa, Commonwealth Laminating & Coating, Inc. (CLC). Selain dari segi produk, Raytech mempunyai kriteria yang tinggi dalam proses pemilihan bahan buatan yang terbaik dan juga teknologi yang digunakan oleh pihak kilang haruslah terkini dan canggih.

Membuat Produk Terbaik

Sehingga kini, Raytech memegang peratus tertinggi di pasaran kerana kami memastikan produk yang dibuat adalah terbaik. Kami sentiasa memastikan produk yang dijual oleh kami adalah berbeza dan lebih baik daripada pasaran. Dengan mengutamakan semangat inovasi dan kreatif, kami berjaya membuat produk tersendiri dengan kerjasama pihak kilang kami. Sejumlah modal telah dilaburkan dalam aspek penyelidikan dan pembangunan produk supaya produk yang dihasilkan mempunyai jangka hidup yang lebih panjang dan tahap penebatan haba yang tinggi. Selain itu, produk kami disahkan oleh ANSI (America National Standard Institute) dan TUV selepas melepasi TSER (Total Solar Energy Rejection) dan ujian ketahanan cuaca. Dengan menjalani semua ujian ini, Raytech dapat menyakinkan para pelanggan bahawa produk Raytech adalah terbaik dari segi penebatan haba.

Pakar Perunding Filem Cermin

Kebanyakan pelanggan tidak tahu tentang filem cermin dan cara memilih filem cermin yang baik. Di Raytech, para pakar kami sedia memberi penjelasan kepada para pelanggan supaya semua pelanggan memahami produk kami dari segi spesifikasi dan seterusnya, mematuhi bajet mereka sebelum mereka membeli produk kami. Tanpa diketahui, anda mungkin dapat membeli produk yang baik dengan bajet yang lebih murah. Selain itu, kami juga menjalankan ujian untuk para pelanggan seperti Ujian Lampu Infra Merah dan Ujian Bacaan Solar untuk memastikan produk yang dibeli adalah sesuai dengan kehendak para pelanggan. Selepas filem cermin dipasang, kami akan menjalankan Ujian Lampu Infra Merah sekali lagi untuk memastikan produk yang dipasang adalah produk yang dibeli oleh pelanggan.

Hasil Kerja Berkualiti

Para pekerja di Raytech menghasilkan kerja yang berkualiti. Hasil kerja berkualiti ini bukan sahaja bergantung kepada jangka masa pengalaman bekerja atau kelajuan filem cermin dipasang di kereta malah, ia bergantung kepada kualiti kerja berdasasrkan tahap kesukaran pemasangan filem cermin di kereta seperti bagaimana bahagian sensitif kenderaan dijaga dengan elok supaya kerosakkan dapat dielakkan. Raytech merupakan pemasang filem cermin yang berlesen untuk kebanyakan jenama dan segmen kenderaan di pasaran. Para pekerja teknikal kami telah dilatih dan setiap keping filem cermin yang dipasang akan dipantau oleh pakar kami. Kami mempunyai protokol QC yang ketat untuk memastikan kerja yang dihasilkan dapat memuaskan hati para pelanggan.

Keyakinan Pelanggan

Salah satu masalah yang dihadapi oleh para pelanggan dalam industri filem cermin adalah isu penipuan oleh kedai-kedai filem cermin. Untuk mendapatkan keuntungan yang lebih tinggi, terdapat sesetengah kedai filem cermin yang menipu pelanggan dengan melakukan penukaran produk semasa memasang filem cermin pada kenderaan. Disebabkan semua filem cermin nampak sama maka, para pelanggan tidak dapat membezakan filem cermin yang berkualiti tinggi dan berkualiti rendah. Namun, filem cermin yang berkualiti rendah tidak akan tahan lama dan lalu, ini akan menjejaskan keyakinan pelanggan terhadap jenama tertentu serta merugikan pelanggan. Untuk menangani isu penipuan ini, Raytech telah mengambil langkah penyelesaian dengan memastikan setiap produk Raytech yang dijual akan disertai dengan sistem kad jaminan yang khas. Tujuan sistem kad jaminan khas ini diperkenalkan adalah untuk memastikan para pelanggan Raytech dapat membeli produk Raytech dengan penuh keyakinan. Kad jaminan kami mempunyai rekabentuk yang tertentu dan hanya dikeluarkan oleh satu pengedar utama di seluruh negara. Setiap kad jaminan mempunyai dua slot untuk pelekat label produk Raytech. Setiap pelekat adalah direka khas dan mempunyai kod yang tersendiri. Ini adalah untuk memastikan pelekat-pelekat label produk yang dikeluarkan tidak mudah ditiru dan setiap produk akan disertai dengan satu pelekat tersendiri.

Jenama Filem Cermin Pilihan Pengedar Kereta

Setelah mendapat pelbagai maklum balas yang positif dan keyakinan daripada para pelanggan Raytech, kami membuat keputusan untuk bekerjasama dengan para pengedar kereta untuk memasang filem cermin Raytech pada kereta-kereta baru mereka. Ini menunjukkan keyakinan yang tinggi daripada para pelanggan kami terhadap produk dan jenama Raytech.

Jaminan Perlindungan Yang Menyeluruh

Kebanyakan kilang filem cermin hanya memberi jaminan dari lima (5) hingga tujuh (7) tahun. Namun, jenama filem cermin yang baru akan memberi jangka jaminan yang lebih banyak daripada kilang filem cermin untuk mendapatkan pelanggan yang lebih banyak. Namun, kebanyakan daripada pengedar filem cermin tidak tahu bahawa setiap filem cermin mempunyai jangka hayat yang tertentu disebabkan lapisan pelekat yang akan luput dan ini adalah sebab utama filem kelihatan berbuih selepas suatu masa. Kebanyakan pelanggan akan menghadapi masalah ini selepas dua (2) hingga tiga (3) tahun memasang filem cermin pada kenderaan mereka. Kebiasaannya, pengedar filem cermin akan mengenakan bayaran untuk proses pengeluaran filem cermin yang rosak dan proses pembersihan cermin semasa jangka masa jaminan untuk mengurangkan kos jaminan.